KINI LEBIH MUDAH ANDA MEMILIKI KERTAS KERJA DENGAN HARGA YANG SUNGGUH MURAH RM 50 SAHAJA

Kertas Kerja Pada Harga Promosi

>> Thursday, July 2, 2009

1. Terlebih dahulu kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang banyak memberi sokongan tanpa henti atas pembelian Kertas Kerja dari Koleksi Kelulusan Pinjaman hasil keluaran kami.

2. Sebagai kejutan kepada para pelanggan kami, kami di
my KERTAS KERJA dengan penuh rasa tolak-ansur dan prihatin akan memasarkan kertas kerja atau rancangan perniagaan pada harga yang sanggat berpatutan sempena promosi yang julung kalinya diadakan.

3. Peluang ini khas untuk anda yang tercari-cari format kertas kerja yang berkualiti tinggi di samping harga yang rendah. Harga Promosi yang ditawarkan ialah RM 30 sahaja untuk 1 set jenis kertas kerja berbanding harga sebelumnya iaitu RM 50.




4. Harus ditekankan di sini bahawa Promosi ini akan tamat pada bila-bila masa sahaja tanpa mengambil kira masa yang diperuntukan kerana ini adalah 'promosi kejutan'. Ayuh jangan tunggu lagi, majukanlah perniagaan anda dengan memiliki rancangan perniagaan yang tersedia untuk anda..

5. Untuk melihat jenis kertas kerja idaman anda sila klik Di Sini

Read more...

Kertas Kerja KARAOKE

>> Saturday, May 23, 2009

1. Dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan kami maka kami berusaha dengan lebih gigih dalam memuaskan hati semua pihak untuk memiliki kertas kerja yang berkualiti disamping layak mendapat kelulusan pinjaman perniagaan.

2. Pernahkah anda terfikir untuk mewujudkan tempat Karaoke yang sememangnya menjadi kegilaan golongan remaja masa kini. Dari semasa ke semasa tempat bergitu tidak pernah sunyi malah keuntungannya berlipat kali ganda.


3. Kertas Kerja Pusat Hiburan ataupun karaoke kini disediakan kepada anda tanpa perlu anda membazir masa yang banyak untuk menghasilkan kertas kerja tersebut kerana kami disini adalah untuk mempermudahkan urusan anda dengan harga yang murah dan mampu dimiliki oleh semua.




4. Jadi bagi anda yang idamkan Kertas Kerja Karaoke bolehlah membuat tempahan segera kerana untuk menjadi usahawan anda perlu peka serta bijak merebut peluang.

Read more...

Kelebihan Di my KERTAS KERJA

>> Tuesday, May 12, 2009

1. Seperti yang semua sedia maklum bahawa kertas kerja / Rancangan perniagaan adalah sesuatu yang asas untuk sebuah Syarikat untuk memohon pinjaman bagi memulakan ataupun mengembangkan lagi perniagaan tersebut.

2. Tetapi untuk memastikan lagi pinjaman yang dipohon dapat diluluskan maka haruslah anda menghasilkan Rancangan perniagaan yang berkualiti sejajar dengan kemahuan dan kehendak Bank bagi melancarkan proses permohonan itu.


3. Di my KERTAS KERJA kami memastikan kelebihan yang ada pada kami adalah kelebihan untuk anda yang inginkan Rancangan Perniagaan untuk memohon pinjaman agar semuanya berjalan dengan sempurna.

4. Di antara kelebihan kami ialah :

*Kesemua kertas Kerja yang kami sediakan adalah merupakan koleksi dari Syarikat yang berjaya membuat Pinjaman.

*Anda tidak perlu bersusah payah lagi kerana semuanya boleh di Edit mengikut kemahuan anda.

*Dapat menjimatkan masa anda kerana penghantaran yang sungguh pantas dan mudah dengan menggunakan emel.




*Setiap kertas kerja yang berkenaan akan disertakan sekali dengan Aliran Tunai bagi memudahkan lagi kerja anda.

*Harga yang ditawarkan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kualitinya.

Read more...

My KERTAS KERJA Bagi Mereka Yang inginkan Kelulusan Pinjaman

>> Saturday, April 25, 2009

1. my KERTAS KERJA adalah sebuah blog yang dihasilkan bagi membantu orang ramai khususnya kepada para usahawan ataupun yang baru ingin menceburi bidang perniagaan.

2. Pada zaman serba canggih ini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk memikirkan teknik ataupun cara membuat Kertas Kerja kerana kami menawarkan kemudahan kepada anda tanpa perlu anda menghabiskan banyak duit serta masa semata-mata untuk menghasilkan kertas Kerja.


3. Kertas Kerja yang berkualiti tinggi yang padat dengan isi-isi penting adalah layak untuk dipertimbangkan bagi mendapat pinjaman dari Pihak-pihak yang menawarkan kemudahan pinjaman terbabit umpamanya Bank, Tekun, Punb, Mara dll.

4. Jumlah had pinjaman bergantung kepada sesuatu jenis perniagaan. Ramai yang diantara kita gagal mendapat pinjaman kerana kegagalan menggemukakan kualiti dalam Kertas Kerja meraka.




5. Di my KERTAS KERJA telah terpahad kualitinya kerana kesemua hasilnya adalah dari koleksi meraka yang sebelum ini berjaya mendapat kelulusan pinjaman.

6. Jadi kami di sini juga mahukan anda berjaya dalam bidang yang anda ceburi dan atas dasar itu kami membantu anda untuk memiliki Kertas Kerja disamping harga yang cukup murah dan diluar jangkaan.

Read more...

Kertas Kerja Berkualiti Berpotensi Mendapat Kelulusan Pinjaman

>> Tuesday, April 21, 2009

1. Dalam kegawatan ekonomi makin terasa sehingga memaksa sesetengah majikan untuk memberhentikan pekerjanya untuk mengimbangi keadaan Syarikat terbabit yang kian terhimpit.

2.Namun Perniagaan adalah langkah alternatif bagi pekerja yang dibuang kerja dan kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk para perniaga yang ingin mendapatkan
Pinjaman Perniagaan daripada agensi-agensi berkaitan seperti Tekun, Punb, Mara dll.

3. Walaupun begitu, Permohonan untuk mendapatkan pinjaman haruslah mempunyai
Kertas Kerja atau pun Rancangan Perniagaan yang berkualiti bagi melayakan pemohon menerima pinjaman tersebut.

4. Bagi memiliki Kertas Kerja yang berkualiti anda tidak perlu bersusah payah lagi kerana kami telah pun mempunyai koleksi Kertas Kerja yang kebanyakannya telah pun berjaya mendapat kelulusan pinjaman dari agensi-agensi yang menawarkan kemudahan tersebut.




5. Untuk melihat koleksi tersebut anda boleh lihat di ruangan Perkhidmatan Kami. Harga yang di tawarkan juga sungguh murah dan teramat murah. Bagi mengetahui kaedah pembayaran sila lihat di ruang Cara Bayaran.

Read more...

Penulisan Kertas Kerja

>> Monday, April 13, 2009

1. Sebuah Kertas Kerja lazimnya disediakan atau ditulis mengikut format yang telah diterima umum. Isi kandungan Kertas Kerja merangkumi perkara-perkara utama iaitu aspek pemasaran, operasi, pengurusan dan kewangan.

2. Bagaimanapun, bilangan halaman sesebuah Kertas Kerja bergantung kepada jenis atau bentuk perniagaan yang hendak dijalankan. Ringkasnya, Kertas Kerja perlu membentangkan semua maklumat penting mengenai perniagaan yang dirancang bagi meyakinkan pihak yang membaca, tetapi tidak terlalu panjang sehingga membosankan pembaca.


3. Tiada peraturan khusus yang ditetapkan berhubung jumlah halaman sesebuah Kertas Kerja. Namun begitu, Small Business Administration (SBA) di Amerika Syarikat mencadangkan, secara purata, sebuah Kertas Kerja yang berkesan mengandungi 30 hingga 40 halaman, termasuk lampiran dan dokumen-dokumen sokongan.

4. Siapakah yang sepatutnya menulis Kertas Kerja berkenaan? Rancangan perniagaan boleh ditulis sama ada oleh usahawan atau pakar perunding. Sebelum menentukan sama ada Kertas Kerja perlu ditulis sendiri oleh usahawan atau menggunakan khidmat pakar perunding, kebaikan dan keburukannya wajar dipertimbangkan.




5. Menggunakan khidmat pakar perunding mungkin dapat menjimatkan masa dan tenaga, namun isi kandungan Kertas Kerja yang disediakan belum pasti bertepatan dengan hasrat dan kemampuan sebenar usahawan. Untuk menyediakan sebuah Kertas Kerja yang baik, seorang pakar perunding mungkin terpaksa mendapatkan maklumat terperinci daripada usahawan dan ini akan mengambil masa yang lama.

6. Oleh itu, adalah lebih baik jika usahawan sendiri yang menyediakan Kertas Kerja sendiri. Faedah utama menyediakan rancangan perniagaan sendiri ialah ‘memaksa’ usahawan untuk mencari maklumat terkini dan mengetahui semua aspek yang membabitkan perniagaan yang dirancang. Masa dan tenaga yang disumbangkan dalam penyediaan rancangan perniagaan tidak merugikan kerana usahawan berpeluang mempelajari lebih mendalam selok-belok perniagaan yang bakal dilaksanakan.

7. Walau bagaimanapun, khidmat pakar perunding boleh digunakan untuk meneliti dan menilai kertas kerja yang telah disediakan oleh usahawan. Ini bertujuan membantu usahawan mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum dinilai oleh pihak pembiaya. Namun begitu yuran perkhidmatan yang perlu dibayar kepada perunding mungkin membebankan usahawan kerana kebanyakan usahawan jarang membuat peruntukan terhadap perbelanjaan ini.



Read more...

Kepentingan Kertas Kerja

1. Salah satu kepentingan menyediakan Kertas Kerja/rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan Kertas Kerja yang berkesan.

2. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan
Kertas Kerja yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut.

3. Kepentingan menyediakan Kertas Kerja secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang.

4. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam Kertas Kerja berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Kertas Kerja bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

* Kertas Kerja sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.




* Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah Kertas Kerja (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan Kertas Kerja memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

* Kertas Kerja juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

* Penyediaan Kertas Kerja membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

* Kertas Kerja juga merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk mengawal kegiatan perniagaan. Ini dapat membantu usahawan membandingkan pencapaian sebenar dengan apa yang telah dirancang sebelum ini. Ramai usahawan berasa ragu atau enggan menyediakan Kertas Kerja kerana beranggapan ianya satu kerja rumit dan remeh, dan beranggapan perniagaan atau projek boleh terus dijalankan tanpa perlu didokumenkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk merujuk semula Kertas Kerja yang ditulis secara teratur (walaupun ringkas) berbanding ‘perancangan’ yang bergantung kepada daya ingatan semata-mata.

Read more...
Name
Name

  ©mykertaskerja.blogspot.com 2010

Back to TOP