KINI LEBIH MUDAH ANDA MEMILIKI KERTAS KERJA DENGAN HARGA YANG SUNGGUH MURAH RM 50 SAHAJA

Penulisan Kertas Kerja

>> Monday, April 13, 2009

1. Sebuah Kertas Kerja lazimnya disediakan atau ditulis mengikut format yang telah diterima umum. Isi kandungan Kertas Kerja merangkumi perkara-perkara utama iaitu aspek pemasaran, operasi, pengurusan dan kewangan.

2. Bagaimanapun, bilangan halaman sesebuah Kertas Kerja bergantung kepada jenis atau bentuk perniagaan yang hendak dijalankan. Ringkasnya, Kertas Kerja perlu membentangkan semua maklumat penting mengenai perniagaan yang dirancang bagi meyakinkan pihak yang membaca, tetapi tidak terlalu panjang sehingga membosankan pembaca.


3. Tiada peraturan khusus yang ditetapkan berhubung jumlah halaman sesebuah Kertas Kerja. Namun begitu, Small Business Administration (SBA) di Amerika Syarikat mencadangkan, secara purata, sebuah Kertas Kerja yang berkesan mengandungi 30 hingga 40 halaman, termasuk lampiran dan dokumen-dokumen sokongan.

4. Siapakah yang sepatutnya menulis Kertas Kerja berkenaan? Rancangan perniagaan boleh ditulis sama ada oleh usahawan atau pakar perunding. Sebelum menentukan sama ada Kertas Kerja perlu ditulis sendiri oleh usahawan atau menggunakan khidmat pakar perunding, kebaikan dan keburukannya wajar dipertimbangkan.




5. Menggunakan khidmat pakar perunding mungkin dapat menjimatkan masa dan tenaga, namun isi kandungan Kertas Kerja yang disediakan belum pasti bertepatan dengan hasrat dan kemampuan sebenar usahawan. Untuk menyediakan sebuah Kertas Kerja yang baik, seorang pakar perunding mungkin terpaksa mendapatkan maklumat terperinci daripada usahawan dan ini akan mengambil masa yang lama.

6. Oleh itu, adalah lebih baik jika usahawan sendiri yang menyediakan Kertas Kerja sendiri. Faedah utama menyediakan rancangan perniagaan sendiri ialah ‘memaksa’ usahawan untuk mencari maklumat terkini dan mengetahui semua aspek yang membabitkan perniagaan yang dirancang. Masa dan tenaga yang disumbangkan dalam penyediaan rancangan perniagaan tidak merugikan kerana usahawan berpeluang mempelajari lebih mendalam selok-belok perniagaan yang bakal dilaksanakan.

7. Walau bagaimanapun, khidmat pakar perunding boleh digunakan untuk meneliti dan menilai kertas kerja yang telah disediakan oleh usahawan. Ini bertujuan membantu usahawan mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum dinilai oleh pihak pembiaya. Namun begitu yuran perkhidmatan yang perlu dibayar kepada perunding mungkin membebankan usahawan kerana kebanyakan usahawan jarang membuat peruntukan terhadap perbelanjaan ini.



0 comments:

Name
Name

  ©mykertaskerja.blogspot.com 2010

Back to TOP